Fungsi Organ Pernafasan

1. Epiglotis

Epiglotis merupakan penutup nipis yang berfungsi untuk menutup laluan pernafasan semasa manusia menelan makanan atau minuman bagi mengelakkan makanan memasuki ruangan trakea.

2. Larinks

Larinks merupakan kotak suara yang menghasilkan bunyi semasa manusia bercakap.

3. Trakea

Trakea disokong dengan tulang rawan berbentuk-C di mana mengekalkan trakea terbuka selari dengan kemasukan udara. Dengan adanya tulang rawan, trakea tidak akan berlanggar semasa proses menarik nafas (tekanan atmosfera di luar adalah lebih tinggi berbanding tekanan di dalam trakea).

4. Bronkus

Bronkus terletak di hujung trakea dan terbahagi kepada dua bahagian tiub kiri dan kanan. Kedua-dua bronkus ini bersambung dengan paru-paru untuk membenarkan proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida semasa proses respirasi berlaku.

5. Bronkiolus

Bronkiolus merupakan cabang kecil kepada bronkus. Bronkiolus akan bersambung kepada kedua paru-paru untuk membenarkan proses pertukaran gas. Bronkiolus merupakan saluran pernafasan yang paling kecil di antara kesemua organ saluran pernafasan (Biology Dictionary, 2019).

6. Alveolus

b09d2d6229_alveole-virtualmedicalcentre (1)

Alveolus terletak di hujung bronkiolus   di mana berbentuk seperti gugusan anggur. Alveolus hanyalah setebal satu sel sahaja di mana ciri ini adalah untuk memudahkan proses penyerapan gas semasa pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Terdapat 300 juta alveolus per paru-paru membuatkan jumlah permukaan pertukaran gas menjadi 13o meter persegi. Alvelous disalut dengan kapilari darah yang menyediakan oksigen ke dalam darah dan mengembalikan darah deoksigen ke paru-paru (Futura-Sciences, 2019).

Leave a comment