Penyakit

Bahaya Makanan Ringan dan Rokok

Makanan ringan yang mempunyai banyak kandungan minyak seperti makanan bergoreng dan makanan segera akan menyebabkan kapilari darah tersumbat. Hal ini kerana kolesterol berkumpul di saluran kapilari darah tersebut.

Akibatnya, proses pertukaran darah tidak dapat berjalan secara optimum dan hal ini akan menyebabkan resapan gas oksigen dan karbon dioksida di dalam darah tidak dapat meresap dengan sempurna dan menyebabkan kesukaran untuk seseorang bernafas.

Manakala rokok pula akan menyebabkan kerosakan kepada jantung dan paru-paru. Bahan-bahan bertoksik yang terkandung di dalam asap rokok seperti tar, nikotin dan amonia akan menyebabkan kegagalan fungsi kepada kedua-dua organ ini dan seterusnya mendatangkan penyakit berbahaya serta kesukaran untuk bernafas (Quit.ie, 2017).

Udara Tercemar

Udara yang tercemar akan memberi kesan kepada beberapa organ respirasi manusia seperti paru-paru, jantung dan salur darah. Apabila udara tercemar memasuki ronggan badan seperti hidung dan mulut, bahan-bahan bertoksik akan memberi kesan kepada paru-paru yang seterusnya akan menyebabkan seseorang mengalami batuk.

Seterusnya, apabila partikel udara yang tercemar mula memasuki salur darah, partikel ini akan mengalir bersama sel darah dan seterusnya menyebabkan pengerasan kepada dinding arteri dan meningkatkan resiko penyakit jantung. Apabila seseorang telah mengalami penyakit jantung, maka mereka akan lebih mudah untuk mendapat serangan jantung dan juga strok kerana partikel udara akan mengecilkan salur darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Asma

Seseorang penghidap asma mempunyai saluran bronkus yang bengkak atau keradangan bronkus. Keradangan ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sensitif di mana menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Apabila tahap sensitif semakin meningkat, otot yang mengawal saluran udara mengjadi semakin ketat yang seterusnya menyebabkan pengumpulan mukus. Seramai 250, 000 orang meninggal dunia di serata dunia pada setiap tahun disebabkan oleh (Adam Felman, 2018).

Dalam sesetengah kes asma, keradangan saluran udara yang teruk akan menghalang oksigen daripada sampai ke paru-paru yang mana akan menghentikan pengangkutan darah ke seluruh organ utama. Oleh itu, seseorang yang menghidap asma dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani rawatan lanjut serta mendapatkan nasihat yang sebetulnya bagi mengurangkan resiko asma.

Leave a comment