Eksperimen 1: Membina Model Paru-paru Manusia Untuk Mengkaji Mekanisma Pernafasan
Bahan: Dua belon, hamparan getah, penutup getah, tali
Alatan: Balang, tiub-Y

Prosedur:
1) Sebuah model paru-paru manusia disetkan seperti Rajah 1 di atas.
2) Belon diikat kepada kedua-dua cabang tiub-Y.
3) Tiub-Y dengan penutup getah dimasukkan ke dalam balang dari bahagian mulut balang.
4) Bahagian penutup getah disapukan minyak gris agar penutup getah sentiasa berada dalam keadaan ketat.
5) Sekeping hamoaran getah ditarik dan diletakkan di dasar balang.
6) Bahagian antara keliling dasar balang dan hamparan getah digris.
7) Tali pendek kemudiannya diikat pada hamparan getah.
8) Tali ditarik ke bawah dan perubahan saiz belon direkodkan.
9) Hamparan getah kemudiannya ditolak ke dalam balang. Perubahan saiz belon kemudiannya direkodkan lagi.
10) Semua pemerhatian direkodkan ke dalam jadual yang disediakan.
Pemerhatian

| Prosedur | Pemerhatian |
| Hamparan getah ditarik ke bawah. | Belon mengembang. |
| Hamparan getah ditolak ke dalam balang. | Belon mengendur. |
Perbincangan
1.
a) Tiub-Y mewakili trakea dan bronkus.
b) Balang di dalam model paru-paru yang dihasilkan
merupakan thoracic kaviti.
c) Belon di dalam model mewakili paru-paru.
d) Hamparan getah mewakili diafragma.
2.
a) Apabila hamparan getah ditarik ke bawah, isipadu di dalam balang akan bertambah tetapi tekanan udara berkurang. Ini menyebabkan belon mengembang.
b) Aksi ini mewaili proses inspirasi dalam mekanisma pernafasan.
3.
a) Apabila hamparan getah ditolak ke atas, isipadu di dalam balang
berkurang tetapi tekanan udara bertambah. Ini menyebabkan
belon menguncup
b) Aksi ini mewakili ekspirasi dalam mekanisma pernafasan.
Kesimpulan
1) Semasa inspirasi, diafragma akan bergerak ke bawah dan membentuk rata dan paru-paru akan membesar serta mengembang.
2)Semasa ekspirasi, diafragma akan kembali bentuk asal seperti kubah dan paru-paru tidak akan mengembang.
Rujuk Video Di Bawah Untuk Pemahaman Lebih Lanjut
Eksperimen 2: Membina Model Sangkar Rusuk Untuk Menunjukkan Aksi Otot Interkostal
Alatan: Papan nipis, paku dan gelang getah.

Prosedur:
1) Sebuah model sangkar rusuk dibina seperti Rajah 2 di atas.
2) Gelang getah A mewakili otot interkostal luar, gelang getah B mewakili otot interkostal dalam.
3) X dan Y mewakili tulang rusuk.
4) Z mewakili sternum dan W mewakili tulang belakang.
5) Gelang getah A memanjang apabila Z ditarik ke bawah.
6) Gelang getah B memanjang apabila Z ditolak ke atas.
Pemerhatian:
1) Apabila gelang getah A memanjang, gelang getah B akan mengendur, menyebabkan X dan Y untuk bergerak ke bawah.
2) Apabila gelang getah B memanjang, gelang getah A akan mengendur, menyebabkan X dan Y untuk bergerak ke atas.
Perbincangan:
1) Apabila otot interkostal luar relaks (A memanjang), otot interkostal dalam akan mengendur (B mengendur). Aksi ini menyebabkan sangkar rusuk (X dan Y) untuk bergerak ke bawah dan ke dalam. Hal ini akan merangsang proses ekspirasi.
2) Apabila otot interkostal luar mengendur (A mengendur), otot interkostal dalam akan relaks (B memanjang). Aksi ini menyebabkan sangkar rusuk untuk bergerak ke atas dan keluar. Hal ini akan merangsang proses inspirasi.
Kesimpulan:
1) Model ini boleh digunakan untuk menunjukkan aksi otot interkostal dan juga sangkar rusuk.
2) Apabila otot interkostal luar mengendur, otot interkostal dalam akan relaks dan menyebabkan sangkar rusuk bergerak ke atas dan keluar.
3) Apabila otot interkostal luar relaks, otot interkostal dalam akan mengendur dan menyebabakan sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam.
(Tan Y.T, Loh W.L dan Tan O.T, 2015)