
Rokok adalah sangat berbahaya kepada tubuh manusia. Bahan kimia seperti seperti nikotin, tar, alkohol methnol, karbon monoksida dan ammonia yang terkandung di dalam rokok sememangnya mampu membunuh manusia dan memudaratkan kesihatan seseorang kerana menyumbang pelbagai penyakit kronik. Tambahan, seseorang perokok aktif mahupun pasif akan mengalami gangguan respirasi kerana bahan kimia yang disedut ke dalam paru-paru. Selain itu, rokok juga boleh mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki, resiko strok (angin ahmar), serangan sakit jantung dan boleh mengakibatkan kanser paru-paru. Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser yang boleh mengakibatkan maut (Ridauddin Daud, 2019).